Hi Geng!!
Sorry dah lama tak update, because network kat oficce ku gila!kejap ada kejap tak ade. Plus, internet kat umah pun dah potong, YahooOooOo!!!~ (kami dah tuka package baru :D, nanti aku akan update pasal ni k)
Last week, seperti yg korang maklum dekat Midvalley ade Pameran Pengantin kan. So,aku ngn tunang pun seawal tgh hari pada hari Ahad dah terpacak dekat sana. Cuz kami tak mahu berhimpit-himpit dengan kesesakan orang ramai disana. Motif nak datang awal-awal tu pun nak Food-Testing di beberapa buah Booth Cetering, he3.
Actually sabtunya tu, aku ngan mama dah servey2 dulu. tapi time tu, bnyk booth yang dah tutup dan ade jugak makanan dah abeh, tak dapek nk test food :p. Tapi, kira ok la, at least time tu pun tak ramai orang, sempat jugak la kami usha2 baju2 pengantin dekat booth2 tu.
Nak dipendekkan cerita, aku target nak test food di 4 buah booth. Iaitu, catering Adam Arish, Sri Angsana,Angsana Serai,dan Aura RnB (owner nye iala, Liana..he3). Ok ,pusing punye pusing, aku jumpa booth Aura RnB ni. Tapi malangnya, semasa kami sampai disini, makanan dan Liana tak sampai lagi. So tak ape la, kami pusing2 dulu la. test food catering lain. :) Nanti aku story pasal, kenapa aku teringin sangat nk cube masakan Aura RnB ni k...he3.
Then, kami gi try makanan Sri Angsana.Lauknya ok, nak kata sedap sgt pun tak, tak sedap pun tak. Sedang-sedang aje, and yang penting murah!And package yang ditawarkan sangat berbaloi la.Tapi, aku still perlu servey catering yang lain jugak.
Then, kami gi booth Adam Arish pulak. kenapa Adam Arish? Sebabnya, a day before, aku and mama ternampak bnyk canopy2 di Taman Sri Permaisuri.
So, kiterang pun ape lagi, dengan bizi bodynye, cepat2 parking and gi tanya tuan rumah siapa wedding planner and owner catering ni. Nak dipendekkan cerita, wakil Adam Arish pun tampil kehadapan bertemu dengan kami.he3.Memandangkan dia pun tengah sebuk2 set up untuk majlis pada hari tu, kami sempat tukar-tukar contact number je. And die sempat bgtau kami, yang mereka ade bukak booth di Midvalley.
Nak dijadikan cerita, Ahad tu bila sampai booth tu, aku,tunangku dan juga member ku pun cuba makanan yang dihidangkan and dengar explanation tentang package2 yang mereka tawarkan. So far, ape yang aku boleh katakan, derang setup khemah, catering,PA system,pelamin memang cantik and kemas!Kerusi kesemuanya siap bersarung dan beriben.Tapi malangnya, aku tak berkenan dengan makanan mereka. Maafla! aku nye lidah ni pelik sikit. hu3.
Then,Kiterang jalan-jalan lagi. Gi carik balik booth Catering Aura RnB. And time tu, first time face to face dengan blogger Liana ni!he3. Sopan-sopan je Puan Liana ni ye :D
Just want to inform you all,kenapa aku sangat tak sabar-sabar nak rasa makanan Catering ni.A day before, Liana email aku quotation catering dierang tu. And you know what? Aku nampak ade perkataan 'DENDENG'.aku macam terkejut la, cuz ade jugak catering served Daging Dendeng. Cuz, selalunya, Daging Dendeng ni kita boleh jumpa dekat restaurant or kedai-kedai masakan minang je.he3. And Yes!!! Saya orang Minang.
Sebab tu la teruja bila ade catering yang bleh provide daging dendeng kan..Ok..kiter layan pic lauk2 yang kami rasa di booth Aura RnB.
And nak tahu tak, kalau aku lepak lama sikit dekat Pameran pengantin tu, mesti sempat jumpe Cik Bell yang sedang on the way ketika itu...hu3
And lepas bincang2 and calling parents aku, parents pun setuju dengan pilihan aku. Aku pilih Aura RnB masa wedding aku nanti :D
Package yang ditawarkan kira ok la.Sesuai dengan budget aku yang sedang budget-budget ni. Eventhough derang ni baru dalam industry catering ni, tapi still boleh tolerate dengan kehendak customer2 yang cerewet macam aku ni.(ini bukan nak membodek,ini kenyataan)
So ini je la kot update aku pasal Catering :D.
Kita ubah mood ke package pelamin pulak yeh...Vrooommmmmm!!~ :D
Kalau korang ingat entry aku yg ni [ click], aku dah buat keputusan untuk membuat kenduri di Taman Sri Permaisuri. Ala-ala garden wedding. Tapi takde laa garden sangat pun. Ala ala budget nye garden wedding je. Dont put high expectation on my wedding ye kawan-kawan. Saya mahu bersederhana sahaja :)
Nak dijadikan cerita, masa wedding expo ni,aku berkenan dengan package AlFinaz ni. Pleamin and baju-baju mereka , sangat laaa cantikkkkkkk ok!!!~ And bila tengok brochure dierang, sangatlah affordable!
For me, tak perlu nak tempah baju baru dah.sebab cantik sangat.....hu3.Kalau nak tempah pun boleh, tapi kene bayar extra Rm400. And masa consult dengan wakil AlFinaz, die siap cakap 'package kami yang paling murah kalau nak compare dengan bridal butique yang ade kat sini' .
kami hanya terdiam. :)
Aku tak sure, ianya betol ke tak? Kawan -kawan boleh bg opinion korang? Sesiapa yang pernah dengar or guna service AlFinaz ni , can share with me?Tak kesah, tentang pelamin ke, make up or ape2 je la... InsyaAllah nak gi butik die nak tengok-tengok koleksi2 lain yang dierang ade. Saja nak cuci2 mata....
Sebelum mengundur diri, kita layan pic kat bawah ni ye..Model ni lawa....hu3
And aku suka dengan dress dari koleksi Rins suzanna....
Ok laa itu jee celoteh aku buat hari ini...tata...~
No comments:
Post a Comment